GANDA RM10 ANDA

topup

BULETIN KUALA ATOK

MUKADIMAH

Buletin Kuala Atok menyiarkan informasi2 terkini tentang aktiviti2
yang berlaku di sekitar Kampung Kuala Atok. Berita yang mengaibkan pihak2 tertentu tidak akan disiarkan bagi menjaga nama baik pihak yang berkenaan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PROSES PENYEMBELIHAN LEMBU 





Jumaat 18/3/2011  jam 3.00 pm. Bertempat di rumah Pak Ngah Usop. Proses penyembelihan lembu ini telah dilaksanakan oleh penduduk kampung Kuala Atok sempena majlis perkahwinan Eda Dan Am. Seekor lembu telah ditumbangkan bagi santapan para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan tersebut yang bakal berlangsung pada hari sabtu 19/3/2011. Proses penyembelihan berjalan dengan lancar.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------


HASIL TANGKAPAN TERBESAR


Jumaat, 18/3/2010, 9.00am, Abang Nasir iaitu menantu Pak Ngah Usop telah berjaya menangkap ikan keli yang paling besar dalam sejarah kampung Kuala Atok. Ikan yang belum di timbang itu telah dilepaskan semula ke dalam kolam Pak Ngah Usop kerana menurut Abang Nasir ikan keli itu tidak sedap untuk dimakan kerana saiznya terlampau besar. Walaubagaimanapun Ikan keli ini merupakan satu sejarah dalam kampung Kuala Atok yang pernah direkodkan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------



PESTA MENANGKAP IKAN



Khamis 17/3/2010, 2.00 PM, kampung Merang, Kolam Pak Ngah Usop dibuka untuk menagkap ikan sempena majlis perkahwinan Eda dan Am iaitu anak kepada Pak Ngah Usop yang akan berlangsung pada hari sabtu 19/3/2010. Operasi menangkap ikan dibuat pada hari khamis dan jumaat. Semua hasil tangkapan, dimasak dan dihidangkan kepada penduduk2 kampung Kuala Atok sempena majlis tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

KENDURI BERCUKUR CUCU ALIK SEJUK





Selasa 15/3/2011, jam 8.00 am. Majlis kenduri bercukur telah diadakan di kampung Sejuk Kuala Atok. Kenduri tersebut adalah bertempat di rumah Alek. Majlis disajikan dengan kari kambing, dan beberapa jenis lauk yang lain. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

  SAMBUTAN MAULIDURASUL KELAS BINA INSAN KUALA ATOK MERIAH



Isnin 15/3/2011, 2.00 pm. Surau Pulai. Pada hari tersebut telah diadakan majlis sambutan Maulidurasul oleh penduduk2 kg Kuala Atok. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh kelas bina insan kampung Kuala Atok. Penduduk kampung berarak dari Masjid kampung Kuala Atok ke Surau Pulai. Majlis tersebut berakhir pada pukul 4.00pm.

UNTUK MEBELI GAMBAR2 YANG BERKENAAN DENGAN MAJLIS TERSEBUT  ANDA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DI GERAI MACAM2 ADE'.

UNTUK MENEMPAH


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

HUJAN LEBAT MALAM SABTU




Sabtu 12/3/2011. Semalam dilaporkan hujan lebat di Kg Kuala Atok.
Hujan tersebut telah menyebabkan kenaikan paras air di Sungai Lepih dan juga di empang Merang. Gambar di sebelah kiri menunjukkan kenaikan paras air di empang Merang, dan gambar disebelah kanan menunjukkan kenaikan paras air di sungai Lepih. Paras air masih lagi dalam keadaan terkawal.
---------------------------------------------------------------------------------------------------- 

MAJLIS BERPAKAT UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS PERNIKAHAN EDA DAN AM





Sabtu 5/3/2011. Majlis bermuafakat sempena hari pernikahan Eda dan Am telah diadakan di rumah Pak Ngah Usop iaitu Ayah kepada bakal pengantin perempuan. Majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan pada hari sabtu 19/3/2011. Majlis bermuafakat  dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Segala tugasan telah diagihkan kepada semua tanpa sebarang masaalah.
 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


AKTIVITI PETANG DI KAMPUNG KUALA ATOK


 
                               Memancing di sungai lipis                   Bermain bola sepak


Memberi makan ikan



Khamis 3/3/2011. Inilah diantara aktiviti2 
penduduk kampung Kuala Atok menjelang petang.
Aktiviti2 ini lazimnya dilakukan oleh pemuda2 
kampung Kuala Atok. Aktiviti2 ini dapat
menghilangkan tekanan serta dapat menyatukan 
persaudaraan diantara penduduk-penduduk kampung.


---------------------------------------------------------------------------------------------------



SUKAN KAS.


                             Kemeriahan sukan KAS                         Perarakan masuk



Diantara para pemenang 


Sukan kas atau sukan Kuala Atok School telah diadakan
di padang besar kg Kuala Atok, pada hari sabtu 26/2/2011,
dari pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 145 orang. 
Acara yang dipertandingkan ialah olahraga dan juga sukaneka.
Semua acara sukan berjalan dengan lancar.
Terdapat juga persembahan Seni silat yang diketuai oleh Iman.
Tarian Ago-go yang dilatih oleh cikgu Linda juga dipersembahkan
kepada para hadirin.

Berikut adalah diantara sudutan2 acara serta persembahan
yang telah diadakan........



  
Untuk Melihat lebih banyak gambar dengan resolusi yang tinggi anda Boleh membeli DVD  full image sebanyak 456 keping gambar yang dilengkapi dengan lagu serta video2 persembahan sepanjang kejohanan sukan. Boleh dimainkan di DVD player biasa. Hanya di gerai macam2 ade'


UNTUK MENEMPAH ATAU SEBARANG PERTANYAAN  



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------



MAJLIS BERDIKIR SEMPENA MAULIDURASUL 



AHAD 20/2/2011
BERTEMPAT DI MASJID KAMPUNG KUALA ATOK MAJLIS BERDIKIR YANG DIKETUAI OLEH AKI NGAH YEN TELAH DIADAKAN SECARA KECIL2AN.  WALAUBAGAIMANAPUN MAJLIS TERSEBUT BERJALANDENGAN LANCAR. PELBAGAI JUADAH JUGA 
DISEDIAKAN DI MAJLIS TERSEBUT.  


UNTUK MEBELI GAMBAR2 YANG BERKENAAN DENGAN MAJLIS TERSEBUT  ANDA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN DI GERAI MACAM2 ADE'.

UNTUK MENEMPAH ATAU SEBARANG PERTAYAAN